3 Kali Suami Berlaku Curang, Sebelum Kahwin Lagi Dengan Perempuan Lain

Hai admin.. tolong hide profil saya sebab ini real my fb, saya brkongsi kisah hidup saya sendiri.

Pada 11tahun yang lalu saya telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati saya sndiri. Kami bercinta sebelum kahwin dan semestinya berkhwin atas dasar cinta lah kan dan setelah 3tahun perkahwinan kami telah dikurniakan sepasang cahaya mata. Kami bermula dr kosong, segala tv, aisboke dan perabot di tempat tinggal memang tiada , hanya ada tong gas pinggan mangkuk dan alat tempat memasak, tilam bantal.

Sepanjang 3tahun tu pernah 2 kali laki saya curang. Pertama tu dengan saudara saya sndiri dan perempuan kedua tu pula pelipin dari Sandakan. Bila saya dapat tau tentang dua-dua perempuan tadi laki saya kasi tinggal diorang juga tapi bukan dalam masa yang sama tapi berlaku dalam tempoh 3tahun perkahwinan kami.

Oleh kerana saya cinta dann sayangkan dia, saya maafkan dia untuk kdua kali. Kami pernah kehabisan makanan juga dan saya gadaikn emas saya ketika laki saya berhennti kerja selama sebulan. Saya tetap stay dengan dia.

Dia mula stress ketika tidak berkerja sebab fikirkan bayaran apa semua. Anak lagi dua orang mau dikasi makan. Dia mula ikut kawan-kawan dia moginum dan paling teruk sekali dia kena tngkap 3malam di lokap sebab ambl syabu. Terkejut sangat sebab selama ini tiada tanda-tanda bah dia ambl tu barang.

Saya kecawa ada laki penagih dan selalu minum-minum tapi saya kuatkan hati terima dia dan pujuk dia supaya jauhkan diri dari benda-benda tu. Dia pun menyesal juga sebab telah memalukan ibubapa dia. Ok lg dia balik dan ekonomi pun makin baik. Satu persatu barang kami dapat sampai lah loan kereta.

Masuk 4tahun perkahwinan. Kami balik menetap di kampung tapi selepas beberapa bulan laki balik kerja di kk. Kami tetap di kampung. Bulan pertama tu setiap minggu laki balik kampung tegok kami. Selepas beberapa bulan jarang sudah balik kampung. Satu bulan belum tentu ada balik. Tau-tau ada sudah perempuan balik. Tu perempuan tidak tau laki saya ada bini tapi saya yang tolong bagitau d sms sebab saya nampak nombor perempuan tu di hp laki.

Perempuan tu cakap laki saya kunun bagitau dia yang dia duda. Saya merayu sama tu perempuan supaya lupakan laki saya. Itu perempuan minta maaf dan janji dia akan jauhkan diri dari laki saya.
Selepas beberapa jam laki saya kol pergi maki-maki saya. Kenapa kunun saya pergi kacau tu perempuan?

Saya punya hati nda payah lah saya bagtau kan memang hancur lh bh. Bisuknya saya kol tu perempuan, saya tanya dia kenapa mengadu dengan laki saya kalau niat dia betul-betul ikhlas jauhkan diri. Tapi tu perempuan cakap ko tu yang tidak pandai jaga laki bh saya tau sudah cerita sebenarnya. Ko tu jahat! Ko tu bukan perempuan baik2 pun. Jangan heran kalau laki ko datang dengan sy. Bergegar seluruh badan saya. Kaki dan tangan saya paling ketara lh bergegar lepas dengar cakap tu perempuan, Masa tu saya teringin mau kotol muka tu perempuan o nasib jauh. Macam-macam dia cakap dan saya pun macam-macam juga saya cakap dia sundal lh teehegeh2 t*li laki org kn. Ngamlah kena cop sundal kan!

Selepas kejadian tu laki saya berubah 100%. Sebelum ni dia bagi duit dalam sebulan rm500 tapi lepas kenal tu perempuan dia bagi saya Rm200 kadang Rm300 kadang juga tiada dalam sebulan. Saya sendiri mencari duit kalau tidak dia bagi. Saya ni cukup brjimat juga bh.. teringin mau beli baju baru juga dan baju anak-anak tapi payah sikit membeli kalau sekian-sekian saja tapi tetap bersykur. Saya bertahan di kampung walaupun selalu kena maki oleh dia.

Balik-balik dia bawa saya bercerai atas sebab dia tidak pernah cintakan saya selama ni. Dia hanya main-main pikat saya kunun. Dia tidak boleh lepaskan tu perempuan sebab dia telampau cinta tu perempuan. Dia sanggup lepaskan bini dan anak dia semata2 tu perempuan. Ni dia cakap sendiri masa dalam keadaan marah.

Asal marah mesti cakap ko jalan lh. Ko pergi mati kah pergi terjun kah saya tidak kisah tapi jangan ko mati di rumah saya. Saya sanggup lepaskan ko saya tidak mampu setia dengan ko tapi klu dengan tu perempuan saya bole setia pla.. bermakna saya cinta dia bukan ko.. dan mcm2 lagi dia cakap untuk kasi patah semangat saya tul bertahan dengan dia.

Pernah 2kali dia pukul saya gara-gra tu betina sebab saya halang dia kahwin tu perempuan tapi dalam diam-diam dia kahwin dengan perempuan tu atas persetujuan mama dia. Mama dia yang urus tanpa pengetahuan saya sebab tu perempuan mau beranak sudah kunun.hebat oh.. tapi dorg tidak dapat urus surat kahwin tanpa saya. Mama mentua saya datang dengan saya. Dia terus terang sebab mendesak sudah tu keluarga ppuan. Tu baby sudah lahir tapi tidak dapat bikin surat beranak. Tiada pilihan selain mentua datang dengan saya.

Dia merayu lah sama saya buat surat akuan bersumpah kasi izin kahwin anak dia dengan perenpuan tu. Makamah hanya minta surat cerai kamu atau surat akuan izin kahwin. Tergamak juga mentua cakap macam tu kan. Saya akun bt ti surat tapi sy tuntut sogit dn lapau baru saya tulis tu surat. Saya dapat juga tu segala bayaran denda tapi sebelum tu dapat makian dari laki dlu. Huhu

Orang kampung cakap dengan saya jangan ko mengalah dengan tu perempuan! Ko mesti bertahan! Tetapi mcmna mau bertahan kalau laki saya cakap sana sini sama kawan-kawan dia yang dia telah ceraikn saya maka saya diam-diam di kampung sudah redha dengan keadaan bermadu. Dia lagi tidak pandai balik kampung dekat satu tahun.

Di kampung saya bercucuk tanam biar pun sikit-skit tapi dapat juga hidup sebab duit yang dia kirim memang tidak cukup. Sampailah 9tahun usia perkahwinan kami akhirnya saya tewas dengan cobaan ini. Sy failkn cerai di makamah. Ambil masa 1tahun juga sebab laki tidak mau berkerjasma. Tulah lambat proses perbicaraan.

Akhirnya pada 2015 kami sah cerai dan dia menangis di kandang makamah ketika hakim memutuskan cerai. Perasaan saya lega sangat terleps dari bebanan hati mnderita. Selama ni saya takut mau cerai sebab malu dengan keluarga dan kawan sehingga saya membiarkn diri saya dipijak-pijak, tapi apabila hati dilukai berkali-kali dan tidak dipedulikan. Berhubung pun cakap sepatah dua kata ja.. untuk apa teruskn perkahwinan tu kan..

Selepas satu tahun kami cerai.. rumahtangga diorang mulai goyah. Bekas laki makin taik minum makin taik syabu.. apa tdk mcm tu kn.. sy sumpah serana diorang nda akan hidup bahagia. Sy harap sangat tuhan itu adil dan tunjukkan pada saya bertapa dia berkuasa. Dan memang betul doa orang yang teraniya sangat bisa.. hidup diorang makin susah.. kereta kena tarik.. beras pun habis..saya terus terusan dengan dendam saya tapi tidak sampai membunuh atau bomoh lah sekadar menyumpah saja

Dan pada tahun 2017 ni tu perempuan telah melarikn diri membawa anaknya sekali pulang d pangkuan kelurganya. Menurut bekas mentua saya diorang selalu gaduh dan asal gaduh terkait lh sy mcmna kmi tercerai smua sebab tu perempuan ja sebab dia hasut bekas laki saya supaya tidak pulang di kampung tegok kami. Dan bila sudah kami tercerai, kata2 perempuan tu mesti dituruti. Dalam erti kata lain dia sangat tinggi diri.

Bekas bini sy jauh lbh baik dr bini yg skg blg kunun tu bks laki sy. Akhirnya bekas laki sedar kebaikan yang saya buat selama ni tapi sudah terlambat. Setelah 2tahun menyimpan dendam dihati, saya rasa tiada guna juga kalau terus terusan mcm ni. Akhirnya saya memaafkan dia tapi bukan untuk kembali bersama. Saya maafkan dia supaya hidup saya aman damai dan anak-anak juga tidak terkesan. Sy mau juga hidup dia kembali senang walaupun bakal hilang bini untuk kedua kalinya.

Berita yang saya terima baru-baru ni.. bekas laki saya tu sudah ada gf baru maka belum cerai lagi dengan bini dia.

Kami pula berhubung hanya kerana anak-anak saja, sebab ni anak dengan saya. Saya pun sudah jumpa lelaki yang baik yang dapat terima anak-anak saya. Anak-anak saya pun sudah terima bakal bapa diorang.

Bekas laki saya sekarang ni makin baik keadaan ekonomi dia. Saya hanya mau cakap yang jangan lah berlakikan laki orang.. sudah ko menyondol mau lagi tamaha. Dan akhirnya nanti ko juga dapat balasan setimpal ko buat dengan orang teraniya seperti saya. Sehingga orang sumpah serana ko..

Untuk bekas laki saya tu..Saya ikhls memaafkn ko.. tiada guna berdendam sama ko sebab ko juga pernah jaga dan bagi saya makan minum. Memaafkn tu dendam yang terindah.

Terima kasih admin sebab siarkn perkongsian saya ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *