Bakal Suami Tak Ambil Peduli Apabila Saya Sakit

Hi admin. Hide my FB ya.

Lama sudah ba saya mau meluah ni tapi saya malas mau taip. Hehe. Harap disiarkan sebab saya mau tanya pendapat sebelum saya buat keputusan.

Ok so sebenarnya saya dengan dia dalam perancangan kahwin. Umur pun ngam sudah ni mau kahwin kenen. Restu ibubapa dua belah pihak memang sudah dapat. Tinggal duit lagi mau usaha supaya kasi jadi tu kahwin.

Tapi tula kebelakangan ni saya macam terlampau banyak kerisauan ba betul ka pilihan saya ni.

Ok direct kepada ‘salah satu’ daripada masalah dia. Normal ka tu ah lelaki yang jenis tidak kisah pasangan dia sakit? Kalau ko mengadu dia boleh diam ja dia tidak peduli punya. Memang terpaksa mau jaga kesihatan betul-betul pasal kalau sakit tiada siapa jaga. Yang lagi pelik, asal masa ko demam, tiba-tiba sana juga dia sibuk. Demam.. last2 tiada yang jaga ko & ko pula kena jaga dia. Tapi kalau tengok betul bukan juga sakit ba. Tiap kali pun begitu. Aktif juga berjalan. Happy2 juga.

Terus bila saya tegur dia jawab “eh saya sakit ba ni ko ja x tau” sedangkan saya sakit mengampai tidak dipeduli bah. First time saya jumpa lelaki yang kalau ko sakit sana juga mau sibuk ikut-ikut sakit.. Kalau ko batuk-batuk ka selesema ka tiba-tiba dia pun buat-buat batuk yg berabis. Jenis apa punya orang oh. Yang lain-lain masalah saya boleh tahan. Tapi bab-bab sakit ni saya risau oh takkan kalau saya sakit mau mati sana juga dia sibuk mau mati? Kalau saya sakit beranak nanti rasa-rasa apa dia buat tu ah? Takkan sakit beranak juga?

Saya pernah tegur dia satu kali sebab dia pergi marah saya mengadu sakit. Saya bilang “mana sudah sifat caring kau yang macam dulu?”. Selepas 5minit dia tersedar mungkin, terus baru dia pergi caring2. Itu pun satu kali ja. Hahaha…Terus berulang kembali.

Sama juga hal ehwal stress. Kadang tu biasala ba kan stress mau cari tempat meluah. Tiba-tiba ba dia pun sibuk mau stress. Apa salahnya bagi la kata-kata semangat. Nasihat-nasihat yang sesuai. Baru orang perempuan ni rspect ko ba.

Ada satu masa tu dia marah tul kalau saya meluah. Hais.. Nasib banyak juga kawan saya. Kalau betul teda tempat meluah boleh jadi gila. Sebenarnya banyak lagi masalah perangai dia tu saya tahan ja. Kalau saya baca-baca di internet rupanya penyakit narsistik ba nie. Orang begini memang susah mau ubah.

Saya terus terfikir berbaloi ka ni kahwin. Sebab saya teringat budi baik dia juga. Makan minum tu memang dia tidak berkira. Saya yakin boleh bertanggungjawab sama anak-anak. Dia bukan 100% jahat tapi ada banyak part memang selfish bikin saya takut pada masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *