Hi admin macam biasa hide profile sa ah.
Ok begini ba ni panjang ba ni cerita saya tapi saya cuba ringkaskan la. Saya kenal sama tunang saya since im 13y/o ba. Memang lama sudah la, betul memang setia gila babi la saya sama dia. First love sa beii!
Kami dua memang punya cita-cita tinggi jadi kami selalu bertanding-tanding always support each other and oneday dia dapat panggilan pergi rekrut tentera. Punya dia gembira! Gembira dia tu tak terkata. Yang saya ni gembira tambah sedih, bukan apa, saya terfikir boleh ka saya jalankan aktiviti seharian saya tanpa dia.
Tapi sa positifkan diri untuk masa depan kami. Saya rela tanpa contact 6 bulan sekejap ka kamu rasa tu sekejap ba kan hahaha. Masa ni saya belum lagi dapat panggilan sambug belajar jadi saya kerja-kerja dulu la sementara.
Tamatlah rekrut dia, dia kena post kerja di sana semenanjung. 1 tahun sudah dia bertugas di sana hahaha, siapa sangka hati dia berubah sekelip mata gara-gara berkenalan dengan budak 18tahun, atukoii baru 18 tahun kama yang dia berkenalan melalui kawan dia.
Ya masa ni saya memang tidak dapat terima kenyataan, jadi pengajian saya sangat-sangat la terganggu. Gred saya betul-betul teruk! Bayangkan baru beberapa bulan kami bertunang sudah saya di duakan dalam diam.
Tapi Tuhan itu adil, dia tunjukkan saya perkara sebenar. Dia kasih tengok saya apa perbuatan terkutuk tunang saya buat dibelakang saya, sakit kecewa marah benci yang saya rasa macam tidak adil bagi saya.
Saya mati-mati setia tapi dia apa dia balas. Dia balas tahi sama saya. Saya kuatkan hati untuk putuskan pertunangan kami dan mahu fokus dengan pengajian saya tapi dia merayu macam orang hilang akal.
Ya saya sangat sayang sama dia, bila saya tengok muka dia semua marah kecewa sakit hati yang saya rasa hilang bagitu saja. Susah juga kalau talampau cinta ni kan? Dan dipendekan cerita kamipun berkahwin tahun lalu dan sekarang saya ikut suda dia tinggal sini semenanjung. Saya mengajar sana smk.
Moral dia sini melafaz kata maaf itu mudah tapi memaafkan sepenuh hati itu sulit. Pada suami-suami di luar sana jaga la hubungan kamu baik-baik, jangan sia-siakan perempuan yang ada di saat kau susah dan senang yang selalu sokong kau walau apapun keadaan kau.
Untuk perempuan yang 18tahun tu kau masih muda ba, panjang lagi perjalanan kau. Zaman ni bukan zaman nenek moyang kit, zaman ni zaman modern, lelaki pun modern, jadi banyak main banyak tipu satu hal. Kau kena ingat lelaki takkan tolak bangkai apapun!
Doakan yang baik-baik saja kio dalam hidup pasti kita akan mengalami pahit manis kehidupan! Babaii!