Hi admin.
Tolong hide sebab ini FB adik aku. Hp aku abis internet dah.
Hi all readers..
Mungkin kisah aku ini, lebih teruk dari kisah yang lain sebabnya, aku kahwin dengan lelaki bekas gay.
Dulu memang dia pernah bagitau dekat aku dia itu pernah ada affairs dengan lelaki sebelum jumpa aku. Dan dia memang pernah keatas katil itu dgn partner dia. Korang faham jak laa yah, mereka seolah-olah suami isteri itu atas katil.
Aku mmg tidak kisah pasal sejarah hubungan dia, aku terima dia seadanya, sebab dia sudah berubah sebelum kami kawin.
Sepanjang 2 tahun perkahwinan kami, dia telah disahkan berpenyakit kelamin, sangat sedih rasanya.
Apalagi kami belum ada anak. Doktor halang kami untuk bersetubuh so camana ada anak dan aku sangat bersyukur sebab aku tidak ada penyakit itu.
Aku tak tahu macam mana dia dapat penyakit tu, mungkin sebab dia masih make love dengan kaum sejenis?
Sejak kahwin, boleh dihitung dengan jari berapa kali kami make love.. Dah 2 tahun perkahwinan, aku tak pernah nampak perngai dia yang mencurigakan.
Memang dia ada ramai kawan lelaki tapi dia suda brubah, so aku tidak ada expect yang dia ada affair dengan kaum sejenis. Aku berabis tanya dia, dia ada make love dengan lelaki atau tak ada sejak kami kawin, tapi dia kata tidak ada.
Aku menangis sampai kering airmata. Dan sekarang, kami dalam proses cerai.
Kami sepakat untuk cerai, apa bole buat, jodoh sampai sini saja aku memang sayang dia, dia sangat baik tapi kerana hal yang sangat memberi kesan kepada kami brdua, kami terpaksa akhiri semua.
Maaf laa, aku bukan budak sastera yang pandai berbunga-bunga , tapi ini laa kisah aku. Apa salah aku..?
Tq all readers yg sudi membaca kisah aku.
Hantar Luahan / Kisah Rumah Tangga anda, TANPA mendedahkan identiti pengadu : http://www.krtborneo.com/hantar-artikel/