Dia Mahu “Try” Saya, Boleh Ka Dia Bilang?

Hai admin boleh saya tumpangkan cerita ini ke KRT . Hide profile saya yaa admin thnkuu.

Cerita ini untuk kepada perempuan-perempuan yang menjaga anak anak kecil dan tinggal bersama keluarganya seperti saya.

Saya mahu cerita pasal sebuah keluarga yang bagitu baik sama saya tapi adakah kita anggap itu baik, betul-betul baik? Macam ini cerita dia. Ada dua orang laki bini ini betul-betul baik sama saya, saya ini tukang jaga anak dorang anak yang saya jaga ini satu saja masih kecil lagi baru mahu masuk 7bulan ,

Balik kepada cerita yang saya anggap kelurga bagitu baik dengan saya. Saya kasih pendek cerita ya. Saya cerita pasal bini dia dulu. Ini perempuan memang baik sama saya asal saya minta tolong bank in duit sama mamy saya memang dia tolong dan minta tolong beli barang-barang keperluan saya semua dia tolong. Saya sama ini bini dia memang rapat dan kami selalu bercerita. Yala kan apa tidak rapat sebab saya tinggal sama-sama diaa (ini bini memang cantik dan comel ).

Kalau pasal bini dia tida apa-apa masalah la . Tapi yang saya mahu kasi sampai ini pasal laki dia. Kerja laki dia ini kerja polis p**j**a, biasalah kalau kerja polis kan malam pagi petang. Lepas dia balik memang terus dia masuk bilik tidur memang kami tidak rapat sebab saya takut juga mahu rapat-rapat sama laki orang.

Tapi baru-baru terjadi sama say , dia kerja malam dia balik awal pagi-pagi dia hantar bini dia pigi kerja macam biasa selalu bagitu hantar bini. Lepas sudah dia hantar, dia balik rumah, dia masuk bilik macam biasa. Saya tengah kasi tidur anak dia. Dukung-dukung berapa minit gitu dia keluar, tiba-tiba dia tanya tidur sudah ka dia *ya. Lama sudah dia tidur *baru juga dia mahu tidur ini , ohh.

Balik-balik dia tengok saya. Saya pun rasa lain dan rasa takut pun ada, saya bawa la tu anak dia masuk bilik tempat saya tidur itu. Lepas tu dia pigi tingu lagi saya di bilik, dia tanya tidur sudah dia * ya tidur sdh dia (tu baby tidur nyenyak sudah). Lepas mari sini kau kejap, dia bilang dia panggil saya. Saya ingat dia panggil saya untuk kemas rumah ka apa. Boleh dia cakap sama saya – dia mahu try saya? Boleh ka dia bilang.

Saya jawap tidak boleh dengan suara yang tinggi, punya saya takut masa itu, saya anggap dia ini baik ba macam bini dia, baiikkk betul saya anggap dorng. Patut ka saya bagi tau bini dia? Dan saya pun takut sudah mahu tinggal di sini. Saya masi bujang baru umur 22 saya takut ba sudah macam saya teromaa apa patut saya buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *