Isteri Terlebih Dahulu Mengurat Saya

Hello admin. Ni kazen saya paksa saya pos cerita dia tulis. Dia malu kunun ..duii. Tapi tapuk jugala identiti FB saya. Tq admin.

Saya ni kira baru setahun jagung juga kahwin. Dalam 2 tahun begitulah. Panggil saya Mr X sajala. Nda penting juga tu nama saya sini. Apa yang saya mau kongsi ialah..sebelum kawin, walaupun saya ni lelaki tapi sebenarnya isteri saya yang mengurat saya sampaila saya tepikat sama dia.

Macamana cara dia pikat dan bagaimana saya tepikat?

Kami ni memang kawan sekerja. Hampir setiap minggu mesti ada saja masakan dia bawa pi kerja. Kami memang suka makan ramai-ramai di tempat kerja. Dalam 2kali seminggu la kira-kira. Sedap lagi tu. Lepas tu kebanyakannya lauk-lauk kegemaran saya, iaitu makanan kampung. Isteri saya ni tidak jugala lawa macam Nilofa. Tapi itulah. Saya sudah tepikat makanan-makanan yang dia masak. Jeruk ikan, yang kita panggil bosou, ikan masak hampap dan macam-macam lagilah. Tapi nda jugala tiap-taip hari dia bawa. Dua kali atau sekali seminggu begitula.

Saya tidak pernah tau yang dia suka saya sebenarnya. Sebab…selama kami kerja sama-sama gaya dia tiada tu yang ciri-ciri  mokirayou minta perhatian saya. Tapi dia pandai pancing-pancing bah perhatian saya. Betul-betul bikin memikat hati saya. Hahaha

Jadi..sampai satu masa tu..saya pun sudah suka siikit sama dia. Tapi malula bah sayakan. Walaupun dia tidak lawa macam nilofa. Tapi sedap juga kalau dipandang. Ada peminat dia lagi di tempat kerja kami. Saya sedar juga saya ni lagila tidak hensem. Malu juga kalau mau banding sama artiskan ni muka saya. Jadi nda payahla saya kasi banding. Cukupla saya bilang saya ni orang kampung. Kerja pun syukurla buli loan rumah. Hutang keliling pinggang tu biasalah. Asalkan bukan kaki hutang nda pandai bayar. Betulka tidak?

Jadi dipendekkan cerita…adalah lebih kurang 3 tahun kami bermalu-malu, jeling menjeling..besenyum tapuk-tapuk…kadang-kadang dia bilang…belanja bah saya makan roti canai mamak. Saya ingat dia bawa dating ba pula tu. Jadi selalu jugala kami keluar makan berdua-dua.

Jadi, ada satu kali tu, dia tanya saya, ko ni nda pandai kahwin-kahwin oo. Ko bawala ba gelpren ko tu kawin. Nanti lama-lama dia jeles ni nampak kita keluar makan selalu…dia bilang..yang selamba munyit saja dia bercakap sambil gelojoh makan tu roti mamak.

Jadi saya tengok dia rilek, saya pun jawab “Bila ko tau saya ada gelpren? Ko pernah dengarka saya cerita pasal perempuan?? Lagipun macamana saya mau cari gelpren..kauuu saja yang bawa-bawa saya pi makanla..pi cari bosou la..pi cari ikan sarawila…”

Terus dia pun pura-pura terkajut. “Eh? Tiadaka pula gelpren ko tu? Ba jadii..kenapa ko nda pandai mengurat saya??” Dia bilang…Aii..walaupun saya tersipu-sipu tu cakap dia, tercabar juga bah saya rasa. Lelaki baini. Hihii

“Kau mau ka saya mengurat ko? Ko mau juga saya?” Sy bilang.

“Mau bah kalau kau mau saya. Walaupun ko selalu pouradit kana minta belanja. Hahaha.” Dia bilang lagi. Katawa. Eii.

“Bah..marilah kahwin kalau berani” saya bilang.

“Bah marilah. Mari kita kawin” dia bilang.

Jadi, nda banyak bincang minggu depan dia sudah tu, kami apply cuti sama-sama. Saya pigi meminang dia sudah. Itupun..waktu hari kami bertunang, sempat lagi saya tanya, “Kita serius kaini?”

Marah dia! “Klau tidak serius..ko bawa keluarga ko pulang. Biar saya bawa keluarga saya pi meminang ko” dia bilang😂😂 Atukk! Bah saya tau laitu dia nda main-main. Pouradit sudah tu muka dia. Cakap urang pouradit dia sendiri kuat muuradit. Kamu tau kaitu pouradit? Buruk sudah yang menahan perasaan. Ntah apaitu kalau melayu.

Jadi, 2 tahun sudah kami kahwin, bahagia juga bah. Macam urang lain juga. Kejap-kejap pandai gaduh-gaduh. Tapi nda pernahla nda tidur sama-sama. Tanggungjawab masing-masing mesti dijalankan juga.

Dia masih rajin masak makanan kegemaran saya. Walaupun bukan hari-hari, tapi ganti-ganti juga bah kami ni masak. Tapi sama-samala putung sayur bawang semua. Kalau nda pouradit lagi tu muka dia macam gobuk. Kalau sama-sama malas masak kami pi kedai saja. Bukanla selalu.
Hehee…jadi pengajaran dia sini yang saya mau cerita iaitu biarpun perempuan yang mula mengurat, tiada salah baitu. Kamu yang perempuan pun janganla malu mau dekat sama orang yang kau suka bah. Jangan saja mokirayou tu perangai. Bah itu saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *