Hello semua pembaca krtb, mohon admin hide profile saya.
Saya seorang single mother yang tidak perna mempunyai suami. Masa saya taip, saya baru saja 3 hari melahirkan baby girl saya. Benar lah kata orang, kasih sayang ibu & anak tu kuat. Saya hampir saja terfikir untuk menggugurkan kandungan sebelum ni selepas lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kami lepas tangan. Buang kami begitu saja.
5 tahun kami kenal, kami sama-sama bekerja keras untuk simpan duit bagi menghalalkan hubungan kami. Sampai saya catu perbelanjaan sendiri, ex saya yang keluarkan kereta. Kami gabung slip gaji, banyak perancangan yang dia beria ia buat. Dia cakap dia saja yang keluarkan kereta, ya dia bayar. Kadang-kadang saya tolong bayar sebab duit dia fokus mau simpan untuk majlis.
Kami simpan duit di ASB saya, sepatutnya majlis kami pada bulan julai tahun 2017. Ex saya minta saya keluarkan duit, untuk majlis & persiapan yang lain pun sudah di buat. Baju sudah fitting, katering sudah tempah tinggal mau bawa diri lagi ke majlis.
Tapi awal bulan mei, ex saya cakap terpaksa tunda dulu majlis kami. Tunda 2 bulan. Saya pun ok lah. Sikit lagi dia cakap. Tiba-tiba saya tau saya mengandung sebulan lebih. Saya bagitau dia, dia terkejut ni. Terus suruh saya gugurkan dulu kandungan.
Saya tertekan sangat. Tapi saya tidak buat, dia sampai belikan saya ubat untuk cuci. Saya tetap berkeras tidak mau sebab kami mau kahwin sudah kan jadi saya cakap kita teruskan saja la mana yang mampu.
Dia tetap berkeras suruh saya gugurkan, dia cakap belum hidup lagi tu. Baru jadi. Sy search lah saya tengok baby jadi sudah. Saya nangis nangis nangis merayu sama dia tolong la jangan buat saya begini.
Terus dia tenangkan saya, dia cakap bulan 8 la. Masa tu perut saya belum berapa ketara tu. Macam buncit ja. Saya pun oklah. Tapi dia jarang sudah dapat dihubungi.
Masa tengah bulan 6 tu, saya ke kedai kad kahwin untuk inform staff sana untuk tukar tarikh. Belum print lagi, tp sudah bayar deposit. Plan mau ambil kad 1 bulan sebelum majlis. Tapi staff sana inform, ex saya sudah ambil. Kad sudah siap cetak. Saya pun teruja lah, memang betul dia urus dengan cepat. Tapi dia tidak inform saya bila tarikh yang mau di tunda tu pada bulan 8.
Pada bulan 7 tu. Saya cuba hubungi dia, tidak dapat. Last2 lepas lebih seminggu tidak dapat hubungi dia, saya ke tempat kerja dia. Kawan-kawan dia semua ucap tahniah, ex sy sudah ambil cuti untuk final persiapan majlis. Cuti 2 minggu.
Saya tanya bila tarikh? Sebab saya tidak tau apa-apa ni. Salah seorang kawan dia kasih tengok saya kad jemputan. Tapi nama perempuan di kad tu bukan nama saya. Saya sangat terkejut, jatuh terduduk di sana. Saya tengok wasap semua blue tick. Saya meseg lagi sampai hati buat saya begini. Semua tidak di jawab. Last2 saya kena block.
Saya sangat tertekan sampai terfikir mau buang kandungan. Tapi saya tidak buat sampai la saya melahirkan. Hari selepas saya bersalin saya ada update di FB, terus ex saya hubungi saya untuk minta maaf dengan semua perbuatan dia terhadap saya. Tidak tau siapa yang sampaikan berita tempat dia. Tapi maafkan saya, sekali saya sudah move on. Biarlah status single mom pun saya tidak kisah. Yang penting anak saya ada bersama saya.