Hi admin, hide my profile plz.
Saya mau share pasal tawar hati pada suami. Kemarin saya ada baca luahan pasal tu, mugkin ramai orang mengalami hal yg sama.
Saya kahwin sama laki saya masa umur 22tahun. Kami classmate dari SMK, dapat ja kerja terus kami kahwin. Yakin la kunun saya ini sama pilihan saya sebab lama sudah bercinta kan.
Sebenarnya sebelum kahwin pun laki saya ini pernah kedapatan ada perempuan lain. Tapi saya pun sebenarnya masa itu ada pasang teman tapi mesra (lelaki).
Jadi memandangkan seri satu sama, kami lupakan saja apa yang berlaku, kunun-kunun mau buka buku baru lepas kahwin. Masing-masing janji setia sampi mati.
Dua tahun kemudian laki saya kedapatan simpan semua gambar ex–girlfriend dia dalam HP. Ada gambar telanjang tidur satu katil lagi tu. Saya mengamuk berabis, laki merayu-rayu minta maaf, dia bilang itu gambar lama sebelum kahwin lagi.
Saya betul-betul mau berpisah masa tu, saya bagitau parent kami, kami kena kasi bicara oleh ketua kampung sudah.
Tapi laki saya nangis-nangis tak mau berpisah masa bicara. Saya terpaksa kasi dia peluang ke 2. Saya bilang sama dia kalau ada lagi benda-benda begini automatik kita cerai. Laki saya setuju saja.
Tapi selepas itu saya betul-betul rasa tawar hati sama dia. Kesalahan kecil pun saya pandai kasi besar, saya marah-marah dia supaya dia bosan dengan saya dan kasi cerai saya.
Tapi dia sabar saja malah dia berubah kepada sikap yang lebih baik dari yang sebelum.
Sekarang masuk 7tahun sudah kami kahwin. Sikap dia masih baik dan penyabar. Tapi saya masih tawar hati sama dia terutama semasa ML. Saya masih terbayang-bayang itu pic dia sama perempuan lain. Tapi kehidupan kami bahagia.
Kesimpulanya meskipun suami pernah membuat kesilapan tapi bila kita memaafkan dia walaupun tidak melupakan apa yang dia buat, kita akan merasa kebahagiaan yang indah. Tapi kalau laki saya curang lagi sama saya tetap jua automatik kami cerai..hahaha.
Bekas luka di hati seorang isteri tidak akan pernah hilang bah, ingat itu wahai para suami.
Hantar Luahan / Kisah Rumah Tangga anda, TANPA mendedahkan identiti pengadu : http://www.krtborneo.com/hantar-artikel/