Hai admin.tlg post ah. Saya lama sudah mengikuti ni KRTB ramai juga lelaki mempost jadi saya pun mau mempost juga. Saya harap perempuan dalam kisah saya ni terbaca ni post .Really sorry for you honey
Perempuan ni satu kerja saya dulu. Kami kerja sama-sama selama 2 tahun. Perempuan ni dia suka saya tapi dia bukanlah taste saya (masa tu) lagipun saya ada ramai peminat. Saya layan semua peminat saya, keluar minum sama durang, ada juga yang sampai sanggup ikut tidur di rumah semata-mata mau jadi gf saya. Saya layan saja.
Tapi ni satu perempuan yang satu tempat kerja saya ni kan, saya langsung tidak berminat. Dia betul-betul bukan taste saya bah, tapi hairan juga saya sebab banyak juga yang mengurat dia entah apa yang durg nampak sama tu perempuan. Kalau pandangan saya memang tiada apa-apalah yang best sama tu perempuan. Dia watsap saya tiap malam lepas kerja dan saya tidak pernah reply.
Satuhari guys..saya sengaja kol ni peminat saya ba. Saya suruh dia datang tempat kerja kami. Datang lah ni peminat saya ni, kami sweet² lah di luar. Ni perempuan nampak saya dia terus keluar, saya terdengar dia cakap sama staf satu “saya pergi tandas dulu” lama dia di tandas sampi tu peminat saya balik ba.
Lepas dia balik tu kan, tiada sudah mekap dia. Kawan saya tanya kenapa, dia cakap dia cuci muka dia mengantuk. Tapi saya tau dia menangis, mata dia pun nampak bengkak sikit.
Peduli lah ko dalam hati saya.
Masa lunch tu guys, dia keluar pergi beli makanan ba jadi dia ada belikan saya takoyaki 3 boat. Saya langsung tidak sentuh tu makanan dan paginya dia sendiri yang buang sebab rosak sudah beampai di meja office saya.
Say skip cerita. 3bulan selepas tu saya macam terbuka hati sikit sama dia. Saya mula sudah layan dia. Reply watsap dia tapi jaranglah. Mau 3, 6 jam baru saya reply watsap dia. Sabarnya dia.
Saya bagi dia harapan, saya bawa dia tengok wayang sudah, keluar makan, pergi jalan-jalan, tapi dengan syarat jangan sampai ada staf ditempat kerja yang tau. Kami dua-dua ja lah yang tau. Tapi lama kelamaan staf-staf sana pun mula tau sudah. Tapi saya cuba menafikan, saya bagitau diorang yang dia bukan taste saya. Saya bingung ba sebenarnya mau pilih siapa sebab banyak perempuan suka saya. Saya jadi bangga, sombong, ego, rasa sempurna.
Satuhari saya bagitahu sama ni perempuan saya sebenarnya tidak serius sama dia. Saya bilang saya suka perempuan lain. Dia pun cuba tekalah yang selalu datang sini ka? Yang kerja club tu?Saya cakap ya. Cepat ja keluar airmata dia, saya tau saya sakitkan hati dia masa tu.
Dia bilang jadi selama ni kita apa. Kita keluar tengok wayang, makan, jalan-jalan sampai subuh, honey biy, kissing, semua tu apa? Saya cakap itu hanya mistake. Dia langsung tidak marah sebaliknya dia peluk saya, menangis lepas tu dia cakap “apa boleh buat, saya rasa cukup berusaha sudah ambil hati ko, tida apalah” dia kasi lepas pelukan dia.
Keesokanya saya buat-buat macam nothing happen. Padahal dia ni bersedih ja memanjang saya nampak. Tapi makan ja kerja dia, makan burger, makan kfc, makan borenos, selalu keluar pergi orange beli coklat. Sanggup lagi dia pergi cp beli hotdog di growball sampai Rm20 dia beli. Tidak lama lepas tu dia pun berhenti kerja. Masa tu lah saya rasa sunyi, rindu dia pun ada. Saya terbayang-bayang dia limpas sana depan saya. Saya baca balik ws dia, luahan-luahan dia yang saya tak peduli selama ni. Saya ulang balik tengok cctv tengok dia saja.
Dalam beberapa bulan saya tak jumpa dia, tak dengar kabar dia, sebenarnya saya sangat rindu dia. Saya cari balik gambar lama kami dan saya print lekat dalam bilik. Memang saya menyesal.
Saya mau jumpa dia, tebus balik kesalahan saya. Saya betul-betul minta maaf, saya ego. Tapi semua sudah terlambat guys. Kemarin saya minta ubat di luyang, saya nampak dia. Dia berjalan masuk terkejut juga saya. Saya cepat-cepat kejar dia tapi saya tidak berani tegur dia. Saya nampak dia pergi bahagian klinik ibu dan anak. Lepas tu dia letak kad di bakul lepas tu dia masuk bilik lain. Saya pura-pura pergi kaunter tanya mana tandas, saya tengok tu kad klinik atas nama dia. Tidak lama lepas tu saya nampak dia sama lelaki, pandai dia pilih hensem tu lelaki. Saya yang jadi malu. Tu lelaki pegang-pegang tangan dia lepas tu dahi dia kena cium, tangan tu perempuan pula gosok-gosok perut dia. Saya pun terus balik tidak jadi ambil ubat.
Sekarang ni saya yang tidak pandai berhenti stalker dia di FB, insta semua saya cari. Dia sudah kahwin guys. budu²..menyesal ohh tiada guna sudah. Saya betul-betul menyesal kalau masa boleh kena putar balik saya mau tu perempuan.
Saya rindu dia. Saya pula yg tersiksa sekarang. Begini ka perasaan dia dulu sampai menangis-nangis. Sorry ..baru saya rasa.
Apa patut saya buat? Macamana mau move on?.
Tq admin.